SUPPORT!

Adikku Pandai :D

Assalamualaikum dan salam muhibbah..Ni adik Saiful, satu satunya adik kandung, yang lain tu adik separuh kandung.. Tadi dia dapat result SPM.. Haha.. Dia dapat 12A (11 A1 1 A2).. Jauh bezanya dengan abang dia hahaha :D Tahniah lah.. Nak bagi hadiah apa ek? Mmm, xpayahlah kot hahaha., dia lagi kaya dari Saiful. Harap2 dia dapat hidup senang nanti bila dah habis belajar dan kerja best2, x macam abang dia ni huhuhu
By the way, Saiful kat umah lama, still struggle nak adapt life kat rumah baru, internet blum pasang lagi :( tension huh!

Balik Kampung jap

Assalamualaikum dan salam muhibbah..
Saiful kat Bachok, Kelantan.. Balik kampung kejap, naik bas Khamis then kembali ke KL Selasa ni.. dah 3 bulan tak balik, lagipun cuti bulan 5 nanti rasanya nak stay kat KL jer.. Ni kat sekolah mak, pinjam Wifi diaorang jap haha, xper, lgpun Saiful penah ngajar kat sini dulu 1bulan :D..
By the way, Saiful nak tunjuk bilik baru Saiful yang dah siap dicat.. Tadaaa..
Xberapa menjadi sikit konsepnya.. Maybe sebab warna biru tuh.. Macam kedai Celcom / rumah PPRT pulak hahaha :D xperlah.. better than dulu kan.. Lepas balik KL, nak pindah barang semua, pasang tenet, siapkan dapur bla bla bla bla.. Cant wait 2 return 2 my new place :)

My Lecturer

Assalamualaikum dan salam muhibbah..
Nak share psal sorang lecturer ni, Miss A, she's still single, in her late 30s.. Bleh kira one of my favourite lecturers lah sebab dia sentiasa ada tenaga & semangat untuk lecture, dia akan selalu buat something untuk jadikan lecture tu tak bosan.. Tapi malam tadi Saiful tahu satu benda lagi psal dia hahaha..

SMS dari Saiful
21:19:06 2 Mar 2009
I heard class starts at 1130, is it true ma'am?

Tension ngan tempat belajar Saiful tu, ada je perubahan jadual, buat konfius orang jer.. Nak tanya my lecturer tu, sebab kelas dia yg 1st hour..
Ku tunggu, namun tiada jawapan, akhirnya assistant Saiful, cik Kilod ada info untuk update semua orang..

SMS dari Miss A
03:07:49 3 Mar 2009
Yes

Mak aii, tetiba sampai SMS reply pagi2 buta ni.. Nasib baik Saiful belum tido.. Kena balas ni, nanti nampak rude plak..

SMS dari Saiful
03:08:54 3 Mar 2009
Tq ma'am, juz back from club?hehe..gud nite

Tak terfikir pun dia gi club, lagipun ada kelas kan besoknya.. Saja nak tease dia, apa hal lak kan tak tido lagi dah pukul 3 ni..

SMS dari Miss A
03;10:42 3 Mar 2009
Stil @ club la...nite

Hahaha :D biar betul! Kemain gi clubbing hari keja pun, gigih betul lecturer ku ini! Saiful bukan setakat hujung minggu, tak pernah jejak pun nightclub hahaha.. Am I 60 years old? Sesi SMS terhenti di sini, malas nak reply, takut nanti ganggu dia berhibur..
Kat kelas pagi tadi, xnampak pulak muka dia letih.. Siap boleh komen banyak2 kat orang yg present lagi.. Hebat betul dia ni! Respek lah hehehe :D

Sabtu Yang Penuh: Briefing F1, Rumah Baru

Assalamualaikum dan salam muhibbah..
Lama tak update kan hehe.. Sorry, busy skit buat hal sendiri n melayan kerenah manusia di sekeliling.. Apapun, Selamat Hari Jadi to my housemate, Naem! Semoga berat badan anda berkurang kuakuakua.. :P Budak yang kini berusia 22 tahun, NAEM!
Tapi xsempat balik menyambut birthday nya.. Sebok dari pagi, lewat Maghrib baru dapat Saiful hidu bau rumah.. Apa yang Saiful buat hari ni?
8.30 am: Bertolak dari Shah Alam ke Sepang untuk briefing volunteer F1.. Kenapa Shah Alam? Sebab tuan drivernya dok Sect 7, so kena lah pegi sana, nak menumpang kekdahnya..Tuan drivernya
9:30 am - 1230 pm: Briefing kat SIC.. Harus ku mencarut dalam hati, Saiful punyalah risau tlewat, sampai sana sharp 930 pagi, tapi konsepnya menunggu orang datang pkol 11 baru mula briefing.. Nasib baik ada free lunch hahaha :D Kena kerja 4 & 5 April 09, tapi sebelum tu ada briefing lagi sekali 14 Mac..
Yup, nanti Saiful keja jual tiket, insyaAllah :)SIC Ticketing Dept. Officer, Encik Azrin & Cik Najwa.. Senyap2 ambil gambar, tu yang blur ni hehehe
130 pm: Singgah sekejap ke Endah Parade (kat mana? kat Sri Petaling tuh, junction ke Bukit Jalil) Motifnya nak beli cat untuk bilik baru & barang2 rumah yang lain yang dirasakan cantik & perlu kat Carrefour, tapi sungguh bosan itu tempat.. Beli 2-3 menda & terus menuju ke destinasi seterusnya, rumah baru!
300 pm: Nyampai di rumah baru.. Kat mana? Bandar Tasik Selatan.. Bayar deposit, angkut masuk barang2 si dia skit, sapu & mop bilik, pasang menda2, fikir konsep cat, mandi n tidor keletihan sampai kol 630, rasanya!Eksklusif: Gambar bilik Saiful nanti.. Dah di"renovate" nanti okay la kot..
700 pm: Ke Bandar Sri Permaisuri.. Beli cat & barang2 mengecat kat situ.. Cat warna Osyter Grey & putih utk cat semula siling.. Feature wall xpasti lagi.. Lepas beli cat, gi kedai DYI & makan kat Sup Meletup..
830 pm: Kembali ke rumah ku, Pangsapuri Indah Mas, Cheras.. Mandi, duduk kejap pastu teman si Karl ke klinik, mencari lah dia klinik panel, 1 jam lebih, last2 pegi je klinik kat Permaisuri..
*Waktu di atas tidak semestinya tepat :D Oklah, kalu kesempatan Saiful update lagi.. Esok ada discussion plak, nak kena siapkan assignment sebab Khamis nanti nak balik Bachok pulak, rindu kat adik.. Take care!

Audition Paling Kelakar Abad Ini - Ken Lee!

Assalamualaikum dan salam muhibbah..
Saiful spend weekends kat umah si dia, dia tunjuklah video "Ken Lee", katanya tengah popular video ni.. Tengoklah, mak aii, pecah perut!!! Kelakar habis!!! Video ni psal apa? Video ni klip dari Bulgarian Idol (Music Idol) tahun 2008.. Ada seorang peserta ujibakat namanya Valentina Hasan menyanyi lagu Mariah Carey "Without You".. Dia nyanyi versi broken English tahap cipan lah! Confident plak tu nyanyi.. Kalau tuan hamba belum tengok, mesti tengok ok!
Ken Lee (Audition Clip)

Waktu konsert mingguan (kali ni English dia lebih baik)

Kemain Mariah Carey komen psal dia, Remy jangan makan hati!

satu dunia kenal dia ni! datang la Malaysia nanti okay hahaha :D

7 Kejaiban Dunia: Undilah Untuk Sipadan!

Assalamualaikum dan salam muhibbah..
New7Wonders telah menyenaraikan Pulau Sipadan, Malaysia sebagai antara 261 calon untuk dinobat 7 Keajaiban Dunia (Alam Semulajadi).. Undi sekarang, log on ke laman web New7Wonders http://www.new7wonders.com/nature/en/vote_on_nominees/ Senarai 21 calon senarai pendek akan diumum 21 Julai 2009.. So vote now!Prosedur pengundian..
Sedikit info berkenaan Pulau Sipadan:
  • Mula dikenali selepas dipapar dalam filem "Ghost of the Sea Turtles"
  • 21 pelancong & pekerja resort diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf pada tahun April 2000
  • Malaysia mendapat hakmilik sah Sipadan selepas perbicaraan di ICJ memihak Malaysia majoriti 16-1
Saiful mintak tuan hamba semua undi Pulau Sipadan yang kita sayang ni ok! Klik link ni http://www.new7wonders.com/nature/en/vote_on_nominees/

Slumdog Millionaire memang hebat!

Assalamualaikum dan salam muhibbah.. Semalam Saiful nonton Slumdog Millionaire (arahan Danny Boyle & Loveleen Tandan) kat GSC MidValley.. Free screening untuk NST readers huhu thanks NST! Excited la nak tengok sebab filem ni ada 10 pencalonan Oscar, 4 kemenangan Golden Globe & 5 Bafta (anugerah filem British, in case xpernah dengar hehe).. Ringkasnya, filem ni mengisahkan tentang Jamal Malik (lakonan Dev Patal), yang menang hadiah tertinggi dalam program Who Wants to be a Millionaire versi India.. Kaedahnya, host gameshow tu suspicious macam mana budak call center macam dia boleh menang, so kena lah soal siasat ngn polis.. Sepanjang soal siasat tu dia ceritalah macam mana dia boleh jawab semua soalan tu melalui pengalaman hidup dia sebagai anak yatim piatu di jalanan..
Apa yang menarik dalam filem ni bagi Saiful:
1. Kisah hidup anak yatim jalanan
Jamal & abangnya Salim hidup merempat di jalanan (sebelum tu pun memang dah miskin) selepas maknya terbunuh waktu berlaku rusuhan agama Hindu-Islam.. Dalam perjalanan hidup dia, dia dipaksa jadi peminta sedekah, selepas tu lari ke merata tempat di India, jadi pencuri, tourist guide, pencuci pinggan & macam2 lagi.. Pelajaran hidup tu membentuk Jamal menjadi seorang yang jujur tapi Salim plak menjadi samseng..
2. Kegigihan untuk ingin berjaya
Ada 1 scene memang 1 panggung gelak bila waktu si Jamal kecil, dia tengah buang air besar dalam "toilet" atas tasik.. tetiba datang helikopter Amitabh Batchan ke kampung dia, haruslah excited si Jamal ni.. Jahat abgnya sekat pintu "toilet" tu dengan kerusi, dia terpaksa terjun dalam najis untuk berjumpa Amitabh & dapatkan autograph.. walaupun dengan najis 1 badan, dia gigih berlari dapatkan Amitabh, kelakar gila!
3. Filem yang sedih tapi tanpa air mata pun!
Kalu ikut sinopsis & jalan ceritanya, memang kita akan jangka watak2nya menitiskan air mata dari awal sampai akhir.. Dont hope! Seingat Saiful, cuma sekali saja ada babak air mata waktu akhir filem ketika si Jamal bertemu semula dengan kekasih hati dia.. Memang kagum ngn penceritaan filem ni, xperlu ada air mata untuk kita rasa sedih!

My recommendation: TUAN HAMBA MESTI TONTON FILEM NI!

Jenjalan Petang Ahad

Assalamualaikum dan salam muhibbah..
Selamat malam Isnin semua.. Huhu, esok kembali ke kelas (bosannya!) Hari ni Saiful buat discussion untuk assignment ngn my partner, Yati, kat Bayu Tasik, Bdr Sri Permaisuri.. Dalam pkol 4 camtu Choki nak bank-in duit kat Maybank situ, so Saiful ikut lah.. Kaedahnya cash depositnya xberfungsi, pegi lah Sogo, konsep sama jgak, xberfungsi, kaya jgak ek rakyat Malaysia sebenarnya, simpan duit jerk sampai penuh cash deposit kuikuikui :D Merangkak lah kami ke Maybank Jln Masjid India, Alhamdulillah, elok jer mesinnya.. Lpas tu paksa Choki belanja Nasi Ayam Singapore kat hawkers center kat situ.. Mula2 ingat nak balik rumah terus, pastu Saiful gediks jer ajak dia gi Fish Spa kat CM hahaha :D
Cute Fish Spa namanya.. RM5 for 10minutes.. Jadi ler kansss
Kenyang ikan2 ni dapat anak ikan kaki berbulu hahaha!
Lepas tu, ingat nak balik umah ler, malas dah nak jalan, dah ler bawak laptop lagi, nak tercabut tulang belakang ni.. Tetiba Choki teringat 1 taman kat Bukit Jalil.. Dengan tanpa rasa letihnya, pergi ke taman rekreasi tu yang namanya Bukit Komanwel (agaknya dibina sewaktu Sukan Komanwel 1998).. Dengan tambang RM1.90 dari LRT Masjid Jamek, maka tibalah kami kat sana dalam pkol 7.. Cantik tempatnya, tapi Saiful sedih skit.. Kenapa?
Glob dunia.. Rasanya "Malaysia" hilang
Plates ni patutnya ada info psal negara2 Komanwel tapi yang ado!
Glob kat Plaza.. Yang ni ada logo Sukom 98.. Yg ni masih elok
Flag pole kat viewing point.. Benderanya tercarik, tiangnya pun di vandalised, adoish!
Berjalan pusing2 situ, dalam pkol 8 Saiful balik rumah.. Xsabar menanti esok, I mean, malam esok.. Selamat kembali bekerja n belajar tuan hamba semua!